POLISI PRIVASI

Apabila anda menggunakan perkhidmatan Instantor, anda mempercayai kami dengan data peribadi anda. Kami komited untuk menjaga amanah tersebut. Ini bermula dengan membantu anda memahami amalan privasi kami. Polisi privasi ini (“Polisi Privasi“) menerangkan maklumat yang kami kumpul, bagaimana ia digunakan dan dikongsi, dan pilihan-pilihan anda berkaitan dengan maklumat ini apabila menggunakan perkhidmatan atau laman-laman web kami ( “Perkhidmatan“).

Apabila menggunakan Perkhidmatan ini, kami akan memproses data peribadi anda mengikut Polisi Privasi ini. Oleh itu, sila luangkan masa untuk membaca Polisi Privasi ini dan Terma dan Syarat kami dengan teliti sebelum menggunakan Perkhidmatan ini.

Instantor AB (“Instantor“), no. pendaftaran 556818-2835, bertanggungjawab untuk pemprosesan data peribadi yang dikumpul apabila menggunakan Perkhidmatan ini dan oleh itu, merupakan pengawal data. Kami memproses data peribadi anda untuk menyediakannya untuk diberi kepada syarikat yang anda persetujui untuk berkongsi data dan merupakan pelanggan kami. Penerangan terperinci mengenai Perkhidmatan kami tersedia dalam Terma- dan Syarat kami. Dasar perundangan kami untuk pemprosesan data diterangkan di bahagian “Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda” di bawah. Jika anda mempunyai sebarang permintaan berkaitan data peribadi anda atau sebarang pertanyaan berkaitan Privasi Polisi ini,sila hubungi kami di privacy@instantor.com atau melalui pos biasa di Instantor AB, Att: Legal, Vasagatan 16, 111 20 Stockholm.

DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL

Instantor mungkin mengumpul dan memproses maklumat berikut yang dikongsi dengan Instantor atau yang dikumpul oleh Instantor apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami:

a) Butiran peribadi dan perhubungan seperti nombor pengenalan peribadi atau yang serupa, nama, alamat, umur, jantina, nombor telefon, alamat emel;

b) Maklumat kewangan seperti nama bank anda, nombor bank akaun, bilangan akaun, pinjaman dan juga sejarah transaksi sehingga tempoh 12 bulan (transaksi, pembayar dan penerima bayaran, jumlah, baki dan tarikh), termasuk aliran wang bulanan (gaji dan perbelanjaan), overdraf dan kadangkala maklumat tentang pinjaman, gadai janji dan akaun dagangan (lihat selanjutnya di bawah bahagian “Apakah sumber-sumber maklumat?” di bawah);

c) Maklumat teknikal berkaitan dengan peranti anda yang anda gunakan semasa menggunakan Perkhidmatan, seperti jenis Pelayar, alamat IP, jenis peranti, sistem operasi;

d) Maklumat tentang pertanyaan dan aduan: Maklumat yang dipilih untuk dikongsi seperti yang berkaitan dengan menghantar pertanyaan atau permintaan kepada kami; dan

e) Maklumat yang digunakan untuk mentadbir hubungan kontrak dengan anda dan pemasaran B2B Jika anda adalah wakil syarikat yang merupakan pelanggan atau berpotensi menjadi pelanggan Instantor, kami mungkin akan mengumpul maklumat yang anda kongsi bersama kami contohnya melalui borang hubungan, interaksi anda dengan laman-laman web kami, atau maklumat yang dipersetujui untuk dikongsi dengan kami melalui rakan kongsi kami. Maklumat ini mungkin merangkumi nama, jawatan, butiran profesional, syarikat yang diwakili, data teknikal (seperti yang ditakrif di atas) dan sejarah laman web.

APAKAH SUMBER-SUMBER MAKLUMAT?

Butiran peribadi dan perhubungan serta maklumat kewangan (bersama “Data Akaun”) dikumpul daripada bank internet yang anda tetapkan melalui Perkhidmatan kami, dengan persetujuan anda. Kami mungkin juga mendapat maklumat sedemikian daripada syarikat yang meminta anda untuk mengenal pasti diri anda atau menunjukkan kebolehan atau status kewangan anda (sebagaimana berkenaan), dengan mengesahkan maklumat ini berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada bank internet anda. Melainkan dinyatakan sebaliknya berkaitan pemberian akses daripada anda kepada kami, , kami hanya menggunakan maklumat daripada akaun-akaun transaksi, iaitu bukan daripada akaun pinjaman, gadai janji, dagangan dan akaun-akaun lain anda. Maklumat teknikal dikumpul apabila anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami atau laman-laman web kami.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA?

Kami akan menggunakan maklumat anda mengikut Polisi Privasi ini dan undang-undang yang berkenaan, termasuk undang-undang perlindungan data dan undang-undang perkhidmatan bayaran, untuk tujuan berikut:

  • Dengan persetujuan anda, kami akan menggunakan Data Akaun anda untuk menyampaikan Perkhidmatan. Ini juga termasuk mengukur penggunaan Perkhidmatan oleh anda, pengesanan dan penyelesaian masalah teknikal, memastikan dan mengoptimumkan kualiti, memastikan perkhidmatan adalah selamat dan terkawal, mencegah dan menyiasat aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang pada Perkhidmatan ini dan menguatkuasakan Terma dan Syarat kami;
  • Untuk meneruskan kepentingan sah kami, kami mungkin menggunakan maklumat teknikal (yang diterangkan di atas) untuk menganalisis penggunaan dan meningkatkan Perkhidmatan;
  • Untuk menetapkan, menggunakan atau mempertahankan diri daripada tuntutan undang-undang; untuk memberi respons kepada proses undang-undang (sebagai contoh, arahan mahkamah atau sepina) jika kami percaya dengan benar adalah penting untuk berbuat sedemikian; dan untuk mematuhi undang-undang yang digunakan untuk perniagaan Instantor, seperti undang-undang perakaunan dan cukai; dan untuk memberi respons kepada pertanyaan, permintaan dan aduan; dan
  • Jika anda merupakan wakil pelanggan atau wakil mereka yang berpotensi menjadi pelanggan Instantor, kami mungkin menggunakan maklumat yang diterangkan dalam bahagian “Maklumat yang digunakan untuk mentadbir hubungan kontrak dengan anda dan pemasaran B2B” di atas untuk (i) mengikat dan membuat kontrak dengan syarikat yang anda wakili, dan (ii) untuk meneruskan kepentingan sah kami untuk meningkatkan komunikasi dengan anda, dan untuk memberi anda kandungan dan bahan pemasaran yang relevan, seperti surat berita, tawaran dan iklan. 

Kami juga akan memproses maklumat anda dalam format yang tidak dapat dikenal pasti, untuk tujuan analsis dan peningkatan Perkhidmatan pada masa akan datang.

BAGAIMANA KAMI MENDEDAHKAN DATA PERIBADI ANDA?

Data peribadi yang dikumpul melalui Perkhidmatan kami mungkin didedahkan kepada kategori penerima seperti berikut:

  • Pelanggan kami yang anda persetujui untuk perkongsian data anda melalui Perkhidmatan kami. Sila maklum bahawa selepas kami mendedahkan data anda kepada penerima yang dipersetujui, penerima tersebut bertanggungjawab sendiri untuk pemprosesan data peribadi anda selanjutnya selaras dengan polisi privasi masing-masing.
  • Syarikat-syarikat lain dalam kumpulan syarikat kami, atau mana-mana pengganti hak milik perniagaan atau aset kami. Senarai kumpulan syarikat kami boleh didapati atas permintaan.
  • Setakat mana yang perlu untuk menyediakan Perkhidmatan, kami juga mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pengedar Perkhidmatan ini, berserta pembekal perkhidmatan dan subkontraktor yang dikekalkan untuk menjalankan fungsi bagi pihak kami atau membekalkan perkhidmatan kepada kami, seperti pembekal infrastruktur dan pembekal perkhidmatan undang-undang, perakaunan, audit dan perkhidmatan professional lain. Semua pembekal perkhidmatan dan subkontraktor dilarang untuk menggunakan data peribadi selain daripada untuk menyediakan Perkhidmatan kepada kami atau sebaliknya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
  • Kami mungkin juga mendedahkan data peribadi kepada pihak luar sekiranya dikehendaki oleh undang-undang, atau sebagai respons kepada permintaan undang-undang, sebagai contoh, arahan mahkamah, sepina atau permintaan spesifik daripada agensi penguatkuasa, jika kami percaya dengan benar bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian.

Selain itu, kami mungkin menggunakan dan mendedahkan maklumat ini tanpa nama atau dalam bentuk agregat (agar tiada invididu yang boleh dikenal pasti) untuk tujuan pembangunan pemasaran dan strategi.

Kami mengambil semua langkah undang-undang, teknikal, dan organisasi yang munasabah untuk memastikan data anda dikendalikan dengan selamat dan dengan tahap perlindungan yang secukupnya apabila dipindahkan kepada atau dikongsi dengan pihak ketiga berikut yang terpilih.

PERKONGSIAN MAKLUMAT DENGAN PENERIMA DI LUAR NEGARA DI MANA ANDA MENETAP

Sesetengah pihak ketiga yang dikenal pasti di atas mungkin berada di luar negara di mana anda menetap termasuk di luar Kesatuan Eropah/Kawasan Ekonomi Eropah (iaitu, di negara yang dipanggil sebagai negara ketiga), yang mana kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan di bawah undang-undang yang berkenaan untuk memastikan permindahan maklumat yang merentasi sempadan mematuhi undang-undang yang berkenaan. Ini mungkin, sebagai contoh, termasuk penggunaan fasal kontrak standard yang diterima pakai oleh Suruhanjaya EU atau memastikan penerima disahkan di bawah Rangka Kerja Perisai Privasi AS-EU.

BERAPA LAMAKAH KAMI MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?

Kami akan menyimpan data peribadi anda selagi ia diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan kami, yang biasanya mengambil masa beberapa minit. Walau bagaimanapun, jika kami mengesyaki atau mengesan ralat dalam data anda yang mungkin menyebabkan kualiti Perkhidmatan terjejas dan/atau penghantaran data yang tidak tepat kepada syarikat yang ingin dikongsikan data, kami akan menyimpan data tersebut setakat yang diperlukan untuk membaiki masalah tersebut, yang biasanya mengambil masa beberapa hari tetapi tidak melebihi dua minggu. Di mana undang-undang yang digunakan memerlukan masa pengekalan tertentu, seperti di bawah undang-undang perakaunan dan cukai, data anda akan disimpan untuk tempoh minimun yang diperlukan oleh undang-undang tersebut. Data peribadi anda akan dipadam atau tidak dikenali apabila ia tidak lagi relevan untuk tujuan ia dikumpulkan. Maklumat berkaitan pertanyaan dan aduan dan juga maklumat yang digunakan untuk mentadbir hubungan kontrak dengan anda dan pemasaran B2B (seperti yang diterangkan di atas) akan disimpan untuk tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai tujuan maklumat tersebut diproses atau, untuk tujuan pemasaran, sehingga anda memilih untuk menamatkan pemprosesan berkenaan.

Sila maklum bahawa data peribadi anda, walaupun telah dinyatakan di atas, mungkin akan disimpan oleh kami bagi pihak pelanggan kami, iaitu bukan untuk tujuan kami sendiri. Lihat selanjutnya di bahagian “Pemprosesan yang dilakukan sebagai pemproses data” di bawah.

KESELAMATAN

Kami komited untuk melindungi data peribadi anda dan mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk memastikannya selamat dan mencegah akses atau penggunaan yang tidak dibenarkan. Sebagai contoh, semua data peribadi yang dikumpul akan dikendalikan secara sulit sejauh mana yang boleh dan akan, di mana sesuai, dihantar dan dikendalikan dengan menggunakan SSL (Lapisan Soket Selamat) dan prosedur penyulitan selamat.

KANAK-KANAK

Mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan Perkhidmatan ini. Kami tidak dan tidak akan dengan sengaja mengumpul maklumat daripada sesiapa di bawah umur 18 tahun yang tidak dipantau. Jika kami sedar bahawa kami menyimpan data tentang orang tersebut, kami akan mengambil semua langkah yang berpatutan untuk memadamkan data tersebut, dengan syarat kami tidak dihalang dari segi undang-undang untuk berbuat demikian.

HAK-HAK ANDA

Di bawah undang-undang perlindungan data yang diguna pakai, anda mempunyai hak-hak tertentu sebagai subjek data. Hak-hak tersebut disenaraikan di bawah. Sila ambil perhatian bahawa hak-hak ini bukannya tidak bersyarat dan percubaan untuk menggunakan mana-mana hak yang disenaraikan di bawah tidak semestinya membuat kami untuk bertindak mengikut permintaan tersebut.

Penarikan balik persetujuan: Anda berhak untuk menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data anda. Jika anda menarik balik persetujuan anda, sila ambil perhatian bahawa ia tidak akan mempengaruhi undang-undang bagi pemprosesan yang telah dijalankan sebelum penarikan balik dan Instantor mungkin, dalam keadaan terentu, mempunyai alasan undang-undang lain untuk pemprosesan tersebut dan oleh itu, mungkin berhak untuk meneruskan pemprosesan.

Hak untuk akses: Anda berhak untuk menerima salinan data peribadi anda yang disimpan dan maklumat tentang bagaimana ia diproses, pada bila-bila masa dan secara percuma. Sila ambil perhatian bahawa untuk menjawab permintaan anda, Instantor perlu berupaya untuk mengenal pasti identiti anda.

Hak untuk memperbetulkan dan menyekat: Anda berhak untuk, tanpa penangguhan yang tidak wajar, membetulkan data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap. Sebagai tambahan, anda berhak untuk meminta Instantor untuk menyekat pemprosesan data anda dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, sekiranya anda menentang ketepatan data peribadi anda atau Instantor tidak lagi memerlukan data peribadi tersebut untuk tujuan pemprosesan yang diterangkan di sini.

Hak untuk memadam: Anda berhak untuk meminta data peribadi anda dipadam tanpa penangguhan yang tidak wajar jika, sebagai contoh, data peribadi tersebut tidak lagi diperlukan untuk tujuan seperti yang diterangkan di sini. Sila ambil perhatian bahawa Instantor tidak diwajibkan untuk memadam data peribadi jika Instantor boleh menunjukkan bahawa pemprosesan tersebut adalah perlu, sebagai contoh, untuk menetapkan, menggunakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang atau untuk mematuhi keperluan undang-undang.

Hak untuk membantah: Anda berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda oleh Instantor berdasarkan kepentingan yang sah. Jika anda membantah pemprosesan sedemikian, Instantor tidak lagi berhak untuk memproses data peribadi anda berdasarkan dasar undang-undang sedemikian, melainkan Instantor boleh menunjukkan kepentingan sah yang mengatasi kepentingan anda.

Hak untuk kemudahalihan data: Anda boleh juga berhak untuk menerima data peribadi berkaitan anda dan yang telah diberi kepada Instantor, dalam format berstruktur, yang biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin dan berhak untuk memindahkan data peribadi tersebut ke pengawal data lain.

Jika anda ingin menerima salinan data peribadi yang diproses tentang anda, jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak yang telah disebutkan di atas, atau menarik balik persetujuan anda, sila hubungi kami di privacy@instantor.com atau pegawai perlindungan data kami di dpo@instantor.com.

Jika anda tidak berpuas hati dengan pemprosesan kami untuk data peribadi anda, anda juga boleh membuat aduan dengan penguatkuasa perlindungan data Sweden (SWE: Datainspektionen) di datainspektionen@datainspektionen.se atau Box 8114, 104 20 Stockholm, Sweden, no. telefon +46 08-657 61 00. Anda juga boleh menghubungi penguatkuasa pemantau perlindungan data di negara di mana anda menetap, yang akan bekerjasama dengan penguatkuasa perlindungan data Sweden.

nstantor berhak untuk mengemas kini dan membuat perubahan kepada Polisi Privasi ini, dari semasa ke semasa. Sebelum membuat sebarang perubahan penting dalam Polisi Privasi ini, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan tersebut pada laman web kami. Sila periksa laman ini dengan kerap untuk sebarang pengemaskinian kepada Polisi Privasi ini.

Sekiranya berlaku sebarang insiden operasi atau keselamatan yang memberi kesan kepada maklumat pengguna kami, kami akan menyediakan maklumat yang diperlukan di laman web kami. Jika anda ingin dimaklumkan melalui cara lain, sila hubungi kami di privacy@instantor.com.

Sila layari laman web kami di www.instantor.com untuk maklumat lanjut tentang kami dan perkhidmatan kami.

PEMPROSESAN YANG DILAKUKAN SEBAGAI PEMPROSES DATA

Perkhidmatan kami kepada pelanggan kami merangkumi perkhidmatan di mana kami, bagi pihak pelanggan berkenaan, menyimpan maklumat yang anda persetujui untuk dikongsi dengan pelanggan tersebut. Kami menyediakan perkhidmatan storan ini untuk pelanggan kami dan tidak akan menggunakan data peribadi yang disimpan untuk keuntungan kami. Pelanggan kami umumnya menggunakan perkhidmatan ini untuk tujuan membantu dalam penyimpanan rekod dan pengesanan maklumat yang mereka gunakan berkaitan keputusan untuk mengikat kontrak bersama atau untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan dalam talian. Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan kami untuk menggunakan data peribadi ini menurut undang-undang yang digunakan dan mereka bebas untuk memadam maklumat tersebut dari storan kami pada bila-bila masa. Untuk pemprosesan data peribadi anda, pelanggan kami (iaitu, syarikat yang anda setuju untuk berkongsi maklumat anda) adalah pengawal data. Kami adalah pemproses data pelanggan kami kerana kami menyimpan data bagi pihak mereka dan hanya akan menggunakan data tersebut seperti diarahkan oleh pelanggan kami. Untuk tujuan ini, kami akan membuat persetujuan pemprosesan data bersama pelanggan kami. Jika anda tidak mahu syarikat di mana anda telah berkongsi data, untuk menyimpan data tersebut, sila hubungi syarikat berkenaan.