Terma- dan Syarat

Terma dan syarat ini (”Terma”) menetapkan akses anda kepada dan/atau penggunaan Perkhidmatan ini (seperti yang didefinisikan di bawah) yang disediakan oleh Instantor AB (no. pendaftaran 556818-2835), dan juga anak-anak syarikat dan sekutunya (“Instantor” atau “kami”) kepada anda. Instantor ialah syarikat liabiliti terhad yang ditubuhkan di Sweden dengan lokasi di Vasagatan 16, 111 20 Stockholm. Terma-terma ini dan Polisi Privasi Instantor dan mana-mana terma tambahan yang dipersetujuimembentuk perjanjian dan keseluruhan perjanjian antara anda, iaitu pengguna Perkhidmatan (“pengguna” atau “anda”) dan Instantor (bersama-sama (“Perjanjian”). Sila baca maklumat berikut dengan teliti sebelum menggunakan Perkhidmatan ini.

1. Penerimaan Terma dan perubahan

1.1 Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda mengakui bahawaanda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini, jangan gunakan Perkhidmatan ini.

1.2 Instantor berhak untuk mengubah Terma ini pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya. Jika kami merasa perubahan tersebut memberi kesan buruk terhadap anda, kami akan memaklumkan anda terlebih dahulu tentang mana-mana perubahan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa, melalui emel atau dengan memaparkan Terma yang telah dikemas kini pada laman web kami. Penggunaan Perkhidmatan yang berterusan oleh anda setelah mana-mana perubahan Terma berkuat kuasa akan dianggap sebagai penerimaan kepada Terma yang telah dikemas kini. Terma yang dikemas kini akan digunakan selepas itu dan tidak mempunyai kesan retroaktif. Jika anda tidak menerima perubahan kepada Perjanjian ini, anda boleh , membatalkan Perjanjian ini tanpa sebarang bayaran dan dengan serta-merta, tidak lewat daripada tarikh perubahan berkaitan mula berkuat kuasa.

2. Perkhidmatan

2.1 Perkhidmatan Instantor membolehkan anda sebagai pengguna untuk mengenal pasti diri anda dengan cepat dan selamat dan untuk mengemukakan maklumat kewangan yang mungkin dipohon oleh pihak bank, institusi kredit dan lain-lain yang berhubung dengan melakukan transaksi dengan anda atau menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk anda, seperti permohonan pinjaman dan kredit, pengesahan akaun untuk bayaran keluar dan proses KYC (Know Your Customer atau Kenali Pelanggan Anda) (“Perkhidmatan”).

2.2 Anda mengakses Perkhidmatan ini melalui bank internet anda sendiri atau yang serupa dengannya. Dengan kebenaran eksplisit anda terlebih dahulu, kami akan mengekstrak data peribadi dan kewangan yang berkaitan daripada bank internet anda, yang diperlukan untuk kami menyediakan Perkhidmatan. Ini mungkin termasuk nama, nombor pengenalan kebangsaan, nombor akaun, butiran perhubungan, aliran tunai bulanan (gaji dan perbelanjaan), pembayar dan penerima pembayaran, overdraf, pinjaman dan transaksi lain anda. Data ini akan disusunkan dalam laporan, yang akan dihantar kepada pihak ketiga yang mana anda telah bersetuju untuk mengongsikan data anda melalui Perkhidmatan ini. Sebagai sebahagian daripada laporan ini, kami mungkin akan menonjolkan dan menekankan sesetengah maklumat seperti yang diterangkan di atas, yang kami anggap penting untuk tujuan menilai identiti anda dan status dan kebolehan kewangan anda. Ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, baki akaun anda pada tarikh berbeza, gaji dan pendapatan lain, jumlah kredit dan pinjaman, simpanan bulanan, kos perumahan, pelaburan dan sebagainya. Untuk menyediakan laporan yang memaparkan status dan kebolehan kewangan anda dengan setepat yang mungkin, kami mengumpul maklumat daripada semua akaun bayaran anda (iaitu, biasanya akaun gaji anda dan akaun-akaun yang digunakan untuk membuat transaksi, seperti akaun kredit kad) dan juga maklumat daripada akaun-akaun lain seperti akaun simpanan, pinjaman, gadai janji, dan akaun pelaburan yang tersedia melalui bank internet anda.

2.3 Pelaksanaan elemen-elemen utama Perkhidmatan ini (iaitu, pengumpulan, penstrukturan dan penghantaran maklumat anda) tidak akan mengambil lebih daripada beberapa saat sehingga beberapa minit setiap kali anda menggunakan Perkhidmatan ini. Setelah tempoh tersebut, Instantor tidak lagi mempunyai akses kepada bank internet anda. Melainkan untuk menyediakan akses kepada Maklumat Akaun (seperti yang didefinisikan dalam Polisi Privasi kami), anda tidak perlu memberikan Instantor sebarang maklumat untuk menggunakan Perkhidmatan ini.

3. Tanggungjawab Pengguna

3.1 Sebagai pengguna Perkhidmatan ini, anda menjamin dan bersetuju untuk mematuhi yang berikut:

(A) Anda hanya akan menggunakan Perkhidmatan ini untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan oleh dan menurut:

(i) Terma; dan

(ii) mana-mana undang-undang yang digunakan, peraturan atau amalan yang diterima umum atau garis panduan dalam bidang kuasa yang relevan;

(B) Anda adalah pemegang sah kepada akaun bank yang dinyatakan dan mempunyai hak untuk menyediakan maklumat relevan daripada bank internet anda kepada kami dan mengongsikannya dengan pihak ketiga yang relevan, termasuk maklumat dalam akaun yang anda mungkin dipegang bersama orang lain;

(C) Anda mempunyai tanggungjawab tunggal untuk melindungi kerahsiaan maklumat keselamatan peribadi anda, seperti butiran log masuk untuk bank internet anda;

(D) Anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai keupayaan undang-undang untuk terikat dengan Terma ini;

(E) sebarang penggunaan Perkhidmatan ini oleh orang lain, atau pihak ketiga, adalah dilarang.. Anda bersetuju untuk memaklumkan Instantor dengan serta-merta tentang sebarang penggunaan tanpa kebenaran atau mana-mana pelanggaran keselamatan yang disedari;

(F) Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan ini untuk sebarang penggunaan yang menyalahi undang-undang dan/atau tanpa kebenaran;

(G) Anda mengakui dan bersetuju bahawa sebarang penggunaan Perkhidmatan secara automatik adalah dilarang;

(H) Anda akan menyediakan maklumat yang betul, tepat, terkini dan lengkap, termasuk maklumat tentang semua transaksi dan penerima pembayaran, untuk akaun bank dan tempoh masa yang dinyatakan, seperti yang diekstrak daripada penyata akaun anda dengan bank internet anda atau yang serupa dengannya, dan tidak akan membuat penipuan dengan menyembunyikan atau mengubah suai maklumat sedemikian;dan

(I) Anda tidak akan menyusun semula, melakukan kejuruteraan balikan, mengubah suai atau memisahkan mana-mana aspek perisian Perkhidmatan kecuali dan hanya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

3.2 Jika anda tidak mematuhi Bahagian 3, anda tidak berhak untuk menggunakan Perkhidmatan ini. Jika anda menggunakan Perkhidmatan dengan melanggar Bahagian 3 atau penggunaan anda mungkin menyebabkan ganti rugi kepada Instantor atau pihak ketiga, Instantor berhak untuk menggantung akses atau membatalkan Perjanjian ini dengan serta-merta, dengan memaklumkan anda secara bertulis.

4. Keperluan Komunikasi dan teknikal

4.1 Anda bersetuju bahawa semua perhubungan dengan Instantor berkaitan dengan Perkhidmatan ini akan dilakukan dalam talian dan melalui emel dan Perjanjian ini akan diselesaikan dalam bahasa Inggeris atau bahasa rasmi di negara di mana anda menetap. Bahasa utama yang akan digunakan oleh Instantor untuk berhubung dengan anda ialah bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, atas permintaan anda dan di mana tersedia, anda boleh berkomunikasi dalam bahasa rasmi negara di mana anda menetap.

4.2 Untuk menggunakan Perkhidmatan ini, anda memerlukan akses kepada sambungan internet. Perkhidmatan boleh digunakan dengan pelayar internet biasa dan tidak memerlukan pemasangan perisian khas.

4.3 Kegagalan untuk mematuhi kriteria ini mungkin akan menyebabkan sesi tambahan disebabkan kekurangan kualiti dalam prestasi teknikal Perkhidmatan.. Instantor tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan dalam Perkhidmatan disebabkan anda tidak mempunyai peralatan , perkakasan atau perisian yang diperlukan dan/atau keupayaan internet. Instantor berhak untuk mengubah keperluan teknikal ini dari semasa ke semasa.

5. Privasi dan Data Peribadi

5.1 Sebagai sebahagian daripada penyediaan Perkhidmatan kepada anda, kami perlu mengumpul dan menggunakan data peribadi tertentu tentang anda. Amalan privasi kami telah diterangkan dalam Polis Privasi kami.

6. Pembatasan Liabiliti

6.1 Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam undang-undang yang perlu dipatuhi oleh Instantor,, anda memahami dan bersetuju bahawa Instantor serta sekutu, kakitangan, ejen, penyumbang dan pemberi lesennya tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, berbangkit yang khas atau ganti rugi teladan yang mungkin ditanggung oleh anda, walau bagaimana ia terjadi dan di bawah mana-mana teori liabiliti. Ia merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, sebarang kerugian dari keuntungan (sama ada terjadi secara langsung atau tidak langsung), sebarang kehilangan nama baik atau reputasi perniagaan dan mana-mana kerugian lain yang tidak ketara.

6.2 Dalam tiada keadaan sekalipun, melainkan sebaliknya mengikut undang-undang mandatori, jumlah liabiliti Instantor yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau Terma ini, walau bagaimanapun ia timbul, termasuk di bawah kontrak, tort, di bawah undang-undang atau sebaliknya, akan melebihi, SEK 500.

7. Penafian Jaminan

7.1 Walaupun Instantor berhasratuntuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik mungkin, Instantor tidak boleh menjamin ketersediaan Perkhidmatan atau kebolehpercayaan atau ketepatan maklumat yang disampaikan melalui Perkhidmatan ini. Instantor tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya Perkhidmatan ini tidak tersedia atau sekiranya mana-mana maklumat atau fungsi tidak berfungsi sebagaimana yang dijangkakan.

7.2 Instantor tidak menjamin bahawa (i) Perkhidmatan ini akan memenuhi keperluan anda, (ii) Perkhidmatan ini tidak akan terganggu, berfungsi pada masa yang sewajarnya, selamat atau tanpa ralat, (iii) hasil yang diperoleh daripada penggunaan Perkhidmatan ini adalah tepat dan boleh dipercayai, (iv) kualiti mana-mana produk, perkhidmatan, maklumat atau mana-mana bahan yang dibeli atau diperoleh oleh anda melalui Perkhidmatan ini akan memenuhi jangkaan anda, (v) sebarang ralat dalam teknologi akan dibetulkan, atau (vi) mana-mana keputusan pihak ketiga yang diperoleh berdasarkan maklumat tentang anda melalui Perkhidmatan ini adalah tepat, memihak kepada anda atau sebaliknya memenuhi jangkaan anda.

7.3 Penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda adalah di bawah risiko anda sendiri. Perkhidmatan ini disediakan mengikut dasar “seperti mana” dan “seperti tersedia”. Instantor secara nyata menafikan semua jenis jaminan tentang perkhidmatan ini dan semua maklumat yang termasuk dalam atau diakses daripada Perkhidmatan ini, sama ada secara nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada jaminan tersirat tentang kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan pelanggaran untuk hak pihak ketiga.

8. Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk melindungi dan memberi pampasan penuh kepada Instantor dan sekutunya bagi sebarang dan semua tuntutan, liabiliti, ganti rugi, perbelanjaan dan kos (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yuran peguam yang munasabah) pihak ketiga yang disebabkan atau timbul daripada penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda, pelanggaran Terma oleh anda, atau pelanggaran hak harta intelek atau hak sesiapa pun, oleh anda atau mana-mana pengguna akaun anda.

9. Harta Intelek

9.1 Instantor serta pembekal dan/atau pemberi lesen Instantor memegang semua hak, termasuk hak harta intelek (termasuk tetapi tidak terhad kepada tanda dagangan, hak cipta, ciptaan reka bentuk, paten dan kod sumber dan fungsi dalam Perkhidmatan ini), dalam Perkhidmatan ini. Terma-terma ini tidak memindahkan sebarang harta intelek daripada Instantor kepada anda, dan semua hak, hakmilik dan kepentingan dalam dan untuk harta tersebut kekal secara mutlak dengan Instantor. Instantor AB, instantor.com, logonya, dan semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan, grafik dan logo-logo lain yang digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan ini adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Instantor.

9.2 Penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda tidak memberi anda hak atau lesen untuk menghasilkan semula atau sebaliknya menggunakan mana-mana tanda dagangan Instantor atau pihak ketiga.

10. Force majeure

Anda dengan jelas melepaskan Instantor daripada sebarang penangguhan atau kegagalan prestasi, jika dan setakat yang disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dijangka dengan munasabah atau sebaliknya disebabkan oleh atau di bawah kawalan pihak yang menuntut force majeure, termasuk bencana alam, kebakaran, banjir, letupan, rusuhan, peperangan, taufan, sabotaj, keganasan, vandalisme, kemalangan, penahanan kerajaan, perbuatan kerajaan, injuksi, mogok buruh dan peristiwa-peristiwa lain, walaupun dengan usaha munasabah pihak tersebut untuk mencegah, mengelak, melewatkan atau mengurangkan kesan daripada tindakan, peristiwa atau kejadian tersebut, dan di mana peristiwa tersebut tidak dikaitkan dengan kegagalan pihak untuk memenuhi tanggungjawabnya di bawah Terma ini.


11. Lain-lain

11.1 Jika atas apa jua sebab mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten mendapati mana-mana peruntukan Terma ini, atau mana-mana bahagian daripadanya, tidak boleh dikuatkuasakan, maka peruntukan tersebut akan dikuatkuasakan sehingga tahap maksimum yang dibenarkan dan Terma-terma lain akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.

11.2 Untuk sebarang soalan berkaitan Termaatau Perkhidmatan ini, sila hubungi kami melalui emel di contact@instantor.com. Jangan sertakan maklumat peribadi atau akaun kewangan apabila menghubungi kami melalui emel.

12. Tempoh dan pembatalan

Perjanjian ini akan berkuat kuasa apabila anda bersetuju dengan Terma-terma ini dan akan terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan oleh salah satu pihak. Anda boleh membatalkan Perjanjian ini tanpa sebarang bayaran, pada bila-bila masa, melalui notis bertulis dengan menghantar emel kepada contact@instantor.com. Tertakluk kepada mana-mana hak pembatalan lain yang diterangkan dalam Terma ini, Instantor akan memberikan anda dua (2) bulan notis pembatalan secara bertulis sekiranya Instantor ingin membatalkan Perjanjian ini.

13. Aduan

13.1 Kami komited untuk memastikan anda menerima perkhidmatan berkualiti tinggi daripada kami. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan Perkhidmatan kami atau percaya bahawa ralat telah berlaku ketika menggunakan Perkhidmatan kami, sila hubungi kami secepat mungkin. Untuk butiran penuh tentang prosedur aduan kami, atau untuk menghantar aduan, anda boleh menghubungi kami di contact@instantor.com.

13.2 Kami akan menangani aduan anda dengan segera dan menyasarkan untuk menyelesaikan sebarang aduan dalam tempoh 15 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima. Jika, atas sebab tertentu, kami tidak dapat memberikan anda respons dalam tempoh 15 hari bekerja, kami akan memaklumkan anda tentang sebabnya dan mungkin memanjangkan tempoh respons kami sehingga 35 hari. Jika anda tidak menerima respons akhir atau anda tidak berpuas hati dengan respons akhir kami, jika anda berada di Sweden, anda boleh menghubungi Allmänna reklamtionsnämden untuk memfailkan aduan di Box 174, 101 23 Stockholm, emel arn@arn.se. Anda perlu berbuat demikian dalam tempoh 6 bulan dari tarikh respons akhir kami. Jika anda bukan penduduk Sweden, anda juga mempunyai hak untuk merujuk aduan anda kepada ombudsman tempatan di negara anda dan mengikuti prosedur luar mahkamah dan tebus rugi tempatan untuk mendaftarkan aduan anda. Maklumat lanjut boleh ditemui di laman web Rangkaian Aduan Kewangan Pengguna Eropah di https://ec.europa.eu.

14. Undang-undang pentadbiran dan penyelesaian pertikaian

Terma-terma ini dan hubungan antara anda dan Instantor akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Sweden, tanpa memberi kesan kepada konflik prinsip undang-undang, tertakluk kepada mana-mana peruntukan mandatori di bawah undang-undang negara di mana anda menetap. Sekiranya penggunaan undang-undang Sweden adalah bertentangan dengan undang-undang kebangsaan di negara anda berdomisil, undang-undang kebangsaan tersebut akan digunakan, setakatminimum yang mungkin, mengikut Terma ini. Mahkamah Sweden atau mahkamah di negara di mana anda menetap, mengikut pilihan anda, mempunyai bidang kuasa atas mana-mana pertikaian, kontroversi dan tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma-terma ini atau hubungan Anda dengan Instantor.